Kali ni topik yang akan kita bincangkan adalah mengenai the psychometric test atau dlm bahasa melayunya disebut ujian psikometrik. Ujian Psikometrik SPA 2024 merupakan ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak SPA kepada calon yang mahu memasuki sektor kerajaan. Pendek kata, ujian psikometrik adalah wajib utk kemasukan ke dlm perkhidmatan awam.
Kupasan ini agak panjang dengan memecahkan topik psikometrik kepada tajuk-tajuk kecil utk memudahkan pemahaman korang.
Tapi kalau korang malas nak baca panjang-panjang dan nak terus jer ulangkaji utk ujian psikometrik SPA 2024 yang akan korang duduki dlm beberapa hari lagi. Download rujukan psikometrik berikut:
Atau pun,
Untuk korang yang lebih suka menonton video penerangan, mungkin lebih mudah hadam. Korang boleh tengok video Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA. Disampaikan oleh Bahagian Penilaian Kompetensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Bagi yg rajin membaca, terus ke topik2 di bawah:
Definisi Ujian Psikometrik
Psikometrik (psychometric) kalau menurut istilahnya, merupakan bidang kajian yang berkaitan dengan teori dan kaedah pengukuran pendidikan dan psikologi.
Pengukuran yang dibuat meliputi:
- Pengetahuan
- Kemampuan
- Sikap
- Sifat dan keperibadian
Bidang psikometrik menitikberatkan pembikinan alat dan prosedur pengukuran serta pembangunan teori psikometrik.
Di dalam konteks Malaysia, apa yang membezakan ujian psikometrik (psychometric test) ini dengan peperiksaan online SPA yang lain terletak pada kemampuan ujian ini mengukur sifat dan keperibadian seseorang calon dan bukan semata-mata knowledge.
Penilaian ini akan menentukan sama ada individu tersebut layak / tidak layak atau sesuai / tidak sesuai dengan sesuatu jawatan yang ditawarkan.
Sejarah ringkas Ujian Psikometrik
Utk pengetahuan, pengukuran psikometrik hanya mula diperkenalkan pada sekitar awal abad ke-20. Asalnya ia digunakan utk tujuan pendidikan psikologi.
Pada tahun 1905, instrumen awal psikometrik direkabentuk bagi mengukur konsep intelligence. Antara instrumen terawal yang dibina adalah Stanford-Binet IQ test yang dibuat oleh ahli psikologi Perancis, Alfred Binet.
Selain menguji pengetahuan, satu lagi yang menjadi keutamaan pengukuran ini adalah ujian personaliti. Sebab itulah, ujian ini juga kadang-kadang disebut sebagai ujian Aptitud.
Banyak teori dan model yang digunakan dlm mengkonsep dan mengukur personaliti.
Model pengukuran personaliti yang paling diketahui umum termasuklah:
- model MMPI (Minnesota Multiphasic Personality Inventory),
- model Big 5 (Five-Factor Model),
- model PAPI (Personality and Preference Inventory), dan
- model MBTI (Myers-Briggs Type Indicator).
Sementara model terkemuka bagi pengukuran sikap atau attitudes dikenali sebagai Likert scale.
Kenapa perlu Jawab Ujian Psikometrik?
Secara umumnya, ujian psikometrik / psychometric test merupakan sebahagian daripada keperluan proses mendapatkan pekerjaan. Ia cara utk bakal majikan mengakses pengetahuan, kemahiran dan personaliti korang.
Bakal majikan menggunakan keputusan daripada ujian ini utk menentukan sama ada korang sesuai bagi jawatan yang korang apply atau pun kureng.
Ujian ini distrukturkan utk mengukur secara tepat kapasiti-kapasaiti berikut : kemahuan berkerjasama, kepantasan memproses maklumat dan kebolehan menangani tekanan kerja.
Bila ujian psikometrik dibuat?
Di negara luar, saringan psikometrik diamalkan oleh kebanyakan syarikat besar (selain sektor kerajaan ) dlm pengambilan pekerja. Sementara, di negara kita ujian ini masih kurang diamalkan.
Ujian ini kebiasaannya akan dijalankan pada salah satu daripada situasi berikut :
- Dengan segera sebaik sahaja borang permohonan pekerjaan dihantar.
- Sebagai add-on dlm temuduga
- Sebelum tarikh temuduga kerja.
Kenapa Psikometrik dijalankan oleh SPA?
Selain itu, pengendalian ujian secara atas talian ini juga membantu mencapai objektif pelaksanaan Sistem PSC Recruitment iaitu sistem pengambilan dlm talian yang telah dilaksanakan SPA sejak 4 Mac 2015.
Melalui kaedah ini markah calon-calon yang menduduki ujian dengan mudah dimuat naik ke dlm sistem PSC Recruitment bagi proses pengisian selanjutnya.
Apakah 3 Komponen utama Dlm psikometrik SPA?
Ujian Psikometrik mempunyai tiga komponen iaitu Ujian Verbal Reasoning Test, Ujian Numerical Reasoning dan Ujian Inductive Reasoning.
Bahagian Pengambilan,
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Awang Syahmi bin Halimshah
Ujian Psikometrik SPA 2024
Sekarang kita ke topik yang korang suka iaitu ujian psikometrik SPA 2024 – saringan kemasukan perkhidmatan awam.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengamalkan kaedah ini utk menilai calon yang ingin masuk ke dlm perkhidmatan awam di Malaysia.
Boleh dikatakan, wajib semua duduk ujian ni sebelum dipanggil ke sesi temuduga.
Senarai jawatan yang ada ujian psikometrik SPA
Sedikit demi sedikit, pihak SPA menambah bilangan perjawatan yang memerlukan calon menduduki ujian ini. Buat masa ini, antara jawatan yang sudah wajib (dan akan wajib) duduk ujian psikometrik SPA adalah :
- Operator Wayarles N19
- Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
- Penolong Pegawai Tanah NT29
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29
- Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Pembantu Tadbir N19
- Pembantu Akauntan W19
- Pustakawan S41
- Pembantu Veterinar G19
- Penguasa Imigresen KP41
- Pegawai Tadbir N41
- Artis Budaya B29
- Jurufotografi B19
- Pegawai Pergigian UG41
- Pegawai Laut AL41
- Pembantu Syariah LS19
- Penolong Pegawai Sains C29
- Penolong Penguasa Imigresen KP29
- Penolong Juruukur JA29
- Penguasa Penjara KA41
- Penolong Penguasa Imigresen KP29
- Pegawai Tadbir Diplomatik M41
- Pegawai Psikologi S41
- Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
- Penolong Pemelihara Hutan G29
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Pembantu Geosains C19
- Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29
- Pemeriksa Cap Jari N19
- Pengajar U41
- Penolong Pegawai Syariah LS29
- Penjaga Jentera J19
- Pegawai Penjara KA19
- Laskar Kelas II Maritim Gred T1
- Penguasa Kastam Gred WK41
- Penolong Pegawai Perangkaan E29
- Jururawat Gred U29
- Pegawai Khidmat Pelanggan N19
- Lain-lain jawatan Gred 41 ke bawah
Format Ujian Psikometrik SPA 2024
Tiada format khas atau pun bentuk tetap bagi ujian ini. Calon hanya diberikan beberapa bentuk pilihan jawapan. Kira soalan psikometrik ni berbentuk objektif la secara amnya.
Bilangan aneka pilihan jawapan terdiri daripada :
- 2 pilihan jawapan
- 3 pilihan jawapan
- 4 pilihan jawapan
- 5 pilihan jawapan
Bentuk aneka pilihan jawapan pula, sama ada :
- YA atau TIDAK
- BETUL atau SALAH
- YA, TIDAK atau TIDAK PASTI
- BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI
- SANGAT SETUJU, SETUJU, TIDAK PASTI, TIDAK SETUJU atau SANGAT TIDAK SETUJU
Tidak terhad setakat bilangan dan bentuk aneka pilihan jawapan di atas, pihak SPA berhak menukar, mengurang atau menambah atau lain-lain mengikut budi bicara mereka. Sekiranya mereka fikirkan perlu.
Selain itu, ujian psikometrik SPA 2024 juga mengandungi soalan Matematik. Ini adalah bagi memenuhi keperluan ‘Ujian Numerical Reasoning‘ seperti mana yang dijelaskan oleh Bahagian Pengambilan SPA.
Utk memahami jenis soalan ‘Ujian Numerical Reasoning‘ ini dengan lebih baik, korang baca post contoh soalan matematik psikometrik SPA ni.
Berapa markah lulus Ujian Psikometrik SPA 2024?
Malangnya tiada markah lulus tertentu yang diperuntukkan bagi ujian ini. Harus diingat, ujian ini bermatlamat mengukur kcerdasan, personaliti dan ability calon.
Secara teknikalnya, tiada jawapan betul atau salah dlm ujian ini. Semua jawapan adalah betul. Semua jawapan berfungsi mendefinisikan siapa diri korang.
Sebab itu lah..
Soalan ujian psikometrik online SPA ini telah disediakan banyak ‘lubang maut’
Mari haku terangkan salah satu daripada ‘lubang maut’ ujian ini. Soalan dengan maksud serupa akan ditanya beberapa kali dlm bentuk yang berlainan. Ini bagi memastikan pernilaian psikometrik terhadap calon lebih jitu.
So, amat payah utk menipu personaliti diri korang. Tambahan lagi jika tidak pernah membuat sebarang latihan menjawab psikometrik sebelum ini.
Kenapa ada calon yang terjatuh Dlm ‘lubang maut’ psikometrik?
Semasa ujian berlangsung, korang perlu menjawab banyak soalan. Tempoh menjawab yang diberi pula amat singkat.
Kalau menurut pengiraan haku, bagi setiap soalan, korang hanya boleh luangkan paling banyak masa pun cuma 9-12 saat sahaja!
Mana sempat nak fikirkan jawapan dengan tenang. Mana sempat nak pilih jawapan yang boleh melambangkan personaliti korang yang baik tu.
Sedang asyik menjawab. Sedang asyik memilih jawapan. Sedang asyik menyemak ngam ke tak. Tangggg…
Masa dah tamat!
Ramai. Memang ramai sangat yang tak sempat habiskan ujian psikometrik dengan jayanya.
Semakan tarikh & jadual Psikometrik
Utk ujian psikometrik SPA 2024, bila korang perlu ambil?
Korang akan dapat panggilan ujian ini melalui emel yang digunakan semasa membuat permohonan dlm SPA9.
Di dlm emel tersebut, korang akan diberi butiran penting termasuklah tarikh, masa dan pautan ( link ) utk mengikuti ujian ini.
Selain itu, rajin-rajin la melayari portal rasmi SPA bagi membuat semakan. SPA akan membuat pengumuman ujian psikometrik online bagi jawatan yang sedang mereka jalankan. Pautan semakan secara online bleh diperolehi di sana.
Cara mengambil ujian psikometrik SPA 2024
Ujian psikometrik SPA 2024 tidak dijalankan secara bertulis. Ia hanya dibuat oleh pihak SPA secara online sahaja. Maksudnya korang memerlukan talian internet dan peranti termasuk komputer atau smartphone.
Bagi yang bermasalah rabun, haku nasihatkan utk mengambil ujian ini menggunakan laptop kerana tulisannya lebih besar dan jelas. Nak lagi selesa, pakai tetikus.
Boleh juga nak guna smartphone tapi nanti korang sibuk zoom in, zoom out. Habis masa men-zoom jak. Menjawabnya tak. Hadoi..
Tips Penting kepada calon Ujian psikometrik online SPA
Tarikh dan masa
Tarikh dan masa telah ditetapkan utk calon yang dipanggil. Jadi pastikan korang duduk ujian ni pada tarikh dan masa yang ditetapkan dlm emel yang korang dapat sahaja.
Link
Sila pastikan link atau pautan ke ujian psikometrik SPA 2024 korang betul. Jangan ikut link kawan. Sebab link korang mungkin berbeza daripada calon lain. Jangan suka-suka ikut orang dan jangan ambil risiko.
Emel
Tolonglah. Tolong memeriksa emel korang selalu. Emel yang mana? Korang banyak emel kan. Check emel yang korang gunakan sewaktu membuat pendaftaran SPA9 utk sebarang hebahan atau panggilan daripada pihak SPA. Kalau terlepas, haku tak tahu!
Gastrik
Bagi korang yang mudah lapar. Makan siap-siap sebelum masa yang ditetapkan utk memulakan ujian tiba. Nanti gastrik korang kuar. Jangan kata makan, nak minum pun tak sempat masa tu, even nescafe suam dah depan mata (kalau korang buat d kedai mamak la masa tu).
Masa diperuntukkan bagi setiap soalan amat singkat. Baca di bawah, haku ada terangkan.
Sukatan Peperiksaan Psikometrik
Korang sebagai calon adalah dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi perkara berikut :
- Personaliti
- Motivasi
- Kejujuran
- Integriti
- Kebolehan Sosial
- Kestabilan Emosi, dan
- Disiplin
Jumlah soalan ujian psikometrik SPA 2024
Tidak tentu. Tidak ditetapkan. Bilangan soalan berubah mengikut keperluan ujian dan jenis jawatan. Walaupun begitu, jangan risau sebab jumlah sebenar soalan dan tempoh menjawab akan diberitahu oleh SPA.
Biasanya mereka panggil awal beberapa minggu. Jadi korang adalah masa lepak-lepak ckit. Nanti last minit baru study. Kemudian baru buat persediaan. kan?
Kita ambil contoh jumlah soalan daripada beberapa ujian psikometrik SPA yang sudah dijalankan :
1. Sewaktu format lama (ketika semua seksyen A, B dan C masih digabungkan), calon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 mesti menjawab 143 soalan dlm tempoh 30 minit bagi seksyen psikometrik.
2. Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada sesi Januari 2018 dikehendaki menjawab 382 soalan psikometrik dlm tempoh 60 minit.
Masa diperuntukkan menjawab soalan psikometrik
Mari kita kira berapakah masa yang diperlukan utk 1 soalan dibaca, difahami, difikirkan jawapan dan akhirnya ditanda jawapan yang dipilih oleh seorang calon.
Bagi seksyen psikometrik Pegawai Psikologi Gred S41 – hanya 12 saat per soalan!
Bagi seksyen psikometrik Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 – hanya 9 saat per soalan!
Camna? Korang rasa korang ada masa utk sakit kepala pada masa tu?
Contoh soalan psikometrik Matematik
Benarkah ada soalan berbentuk pengiraan dlm ujian psikometrik ni?
Betui.
Sebelum ni tiada.
Tapi bermula pada Jun 2018, SPA sudah memasukkan komponen Daya Menyelesaikan Masalah dlm set ujian psikometrik mereka.
Contohnya – Ujian psikometrik online SPA Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 sesi Januari 2019. Calon dikehendaki menjawab 115 soalan.
Dan pecahan jenis soalan adalah seperti berikut :
- Jenis Daya menyelesaikan masalah (Matematik) – 30 soalan
- Jenis Psikologi – 85 soalan
Tak sempat jawab semua ujian psikometrik SPA
Saya tak sempat jawab semua soalan la!
Korang bawak bersabar.
Lebih separuh jer siap. Masa dah habis. Amcam ni?
Sabar, haku cakap.
Tak bleh jadi nih!
Bawa bertenang. Eeii.. Haku lempang kang budak ni.
Begini, setelah kejadian huru-hara dlm exam online tahun-tahun sebelum. Pihak SPA sudah mengambil inisiatif dengan menambah fungsi autosave dlm sistem mereka.
Jadi walaupun korang tak sempat jawab semua soalan, jawapan yang sudah korang isi adalah selamat. Sistem akan simpan.
Korang tetap akan dinilai. Tetapi jangan mengharap sangat la kn.
Bagi yang sempat habiskan semua soalan, lepas klik butang ‘selesai’ akan ada satu notifikasi dipaparkan berbunyi – ‘anda selesai menjawab soalan’. Yang ni dah kira lebih selamat la. Peluang pun ada lebih cerah utk dipanggil ke temuduga.
Haku ucapkan tahniah la kalau sempat menjawab semua soalan dlm tempoh yang ditetapkan. nescafe suam tadi tu dah boleh minum la tu.
Berdasarkan kepada pecahan yang diterangkan di atas.
Berikut merupakan beberapa contoh soalan Matematik psikometrik dan contoh-contoh soalan Psikologi psikometrik:
10 Contoh soalan Matematik psikometrik SPA 2024
Seperti yang dah diterangkan sebelum ni, seksyen daya menyelesaikan masalah dlm ujian psikometrik ini melibatkan pengiraan dan numerical.
Tambah-tambah lagi jika sudah pernah mengikuti ujian ini sebelumnya. Sekurang-kurangnya sudah boleh biasakan diri dengan format.
Apa yang diuji dlm segmen Matematik ni?
Pertama kemahiran logik, kebolehan menginterpretasi data, menganalisis masalah dan pengetahuan dlm konsep matematik.
Calon yang ada asas Matematik bagus, tentunya boleh menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Yang penting, jangan cuai dan alpa semasa menjawab.
Jangan leka walaupun korang pandai, jika tidak peka pada soalan, ‘lubang maut’ menanti.
Bagi yang A student, rasanya benda ni kacang je.
Bagi yang cukup-cukup makan, jangan bimbang sebab di akhir artikel ini ada senjata rahsia yang haku akan berikan.
Latih tubi soalan Matematik Psikometrik
Arahan : Jawap setiap soalan Matematik di bawah. Masa diperuntukkan adalah 2 minit sahaja (satu soalan 12 saat). Kalau tak dapat jawab, pindah soalan seterusnya. Pastu tengok berapa soalan korang boleh jawap dlm tempoh tersebut. Jangan menipu!
1. Diberi turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?
a) 12
b) 17
c) 23
d) 25
2. Sahabudin boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dlm tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikan dlm masa 1 jam?
a) 41
b) 42
c) 43
d) 44
3. Nombor 1 hingga 30. Ada berapa bilangan digit 2?
a) 11
b) 12
c) 13
d) 14
4. Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit
a) 2 jam 15 minit
b) 2 jam 55 minit
c) 4 jam 15 minit
d) 4 jam 25 minit
5. Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =
a) 1 jam 01 minit
b) 1 jam 20 minit
c) 1 jam 50 minit
d) 60 minit
6. Antara berikut yang manakah benar?
a) 0.32km bersamaan 3020m
b) 1.12km bersamaa 1012m
c) 0.45km bersamaan 4500m
d) 1.25km bersamaan 1250m
7. 125, 120, 110, Y, 75, 50. Apakah nilai Y?
a) 105
b) 100
c) 95
d) 85
8. Antara nombor berikut yang mankah paling hampir kepada 7.5?
a) 7.055
b) 8.065
c) 7.005
d) 8.005
9. Berapakah baki apabila RM100,795 dibahagi 8?
a) 0.3
b) 0.4
c) 3
d) 4
10. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?
a) 0.32
b) 3.2
c) 30.2
d) 32
Macamana A student? Dapat jawab semua? Cuba korang gtaw haku berapa korang boleh jawab dlm tempoh ditetapkan dlm ruangan komen.
10 Contoh soalan psikologi psikometrik SPA 2024
Okeh.. Now kita pindah ke contoh soalan psikologi ujian psikometrik pula.
Pecahan ini lebih mudah. Tak perlu kira-mengira. Cuma seperti yang dinyatakan sebelum ini, jawapan korang menyerlahkan siapa diri korang sebenarnya.
Key di sini adalah – konsistensi.
Latihan soalan psikologi psikometrik
Arahan : Sama seperti arahan dlm latihan Matematik di atas.
1. Saya akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
2. Saya tidak suka apabila pandangan saya ditolak.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
3. Saya akan menyelidik dahulu berita yang diterima.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
4. Saya selesa bercakap di atas pentas.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
5. Saya tidak mudah marah walaupun orang lain menggunakan taktik kotor.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
6. Saya berasa marah apabila diminta bekerja lebih masa.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
7. Saya tidak akan memberi pendapat ketika di dalam mesyuarat.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
8. Saya seorang yang teliti ketika menyiapkan kerja.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
9. Saya boleh menyesuaikan diri dalam banyak keadaan.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
10. Saya suka bekerja secara berkumpulan.
Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar
Nampak? Ia tak susah tapi bukan mudah juga.
Latih tubi
Kunci kejayaan dlm ujian pskikometrik tidak lain – latih tubi.
Latih tubi membentuk kebiasaan. Jika korang sudah biasa membuat jenis soalan yang sama, pada lain kali, korang boleh jawab soalan yang hampir sama atau seakan-akan sama dengan baik.
Jadi jangan pandang ringan kepentingan latih tubi.
Ada yang handal sangat, mereka ini dengan selamba menduduki ujian psikometrik SPA 2024 tanpa apa-apa persediaan. Last-last, next year duduk ujian yang sama lagi sebab gagal tahun ni!
Kalau korang nak ikut dorang, sukati.
Format ujian berubah
Selain latih tubi, memahami format ujian juga penting. SPA sudah beberapa kali mengubah format ujian online mereka. Dan mereka pasti akan membuat perubahan lagi pada masa depan.
Jadi, kebimbangan haku adalah korang buat latih tubi mengikut format lama. Format yang dah expired. Sia-sia sajalah.
Sebab tu, menjadi satu kekuatan andainya korang dapatkan rujukan berbayar.
Rujukan berbayar sering di-update seiring dengan perubahan format terkini SPA.
Ada rujukan yang korang perlu beli hanya sekali tetapi update akan diberi secara percuma. Korang tak perlu beli dan beli lagi. Kebimbangan terhadap format yang out of date boleh disingkirkan.
Peringatan mengenai ujian psikometrik online free
Format ujian psikometrik SPA 2024 berbeza sama sekali dengan ujian-ujian psikometrik di negara lain.
Jadi korang jangan cuba-cuba membuat psychometric online test di Internet. Ia cenderung mengelirukan korang.
Seperti yang sudah diterangkan sebelum ini, ada banyak jenis ujian psikometrik. Kalau tak ingat, baca semula di perenggan atas.
Belum tentu ujian psikometrik online free atau dlm bahasa inggeris disebut free psychometric online test menepati kehendak/standard yg telah ditetapkan oleh SPA.
Ia satu tindakan yang agak semborono dan kurang wajar. Kecuali kalau korang memang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara.
Rujukan Khas Ujian Psikometrik
Jika korang tak pasti, tak yakin dan tak tahu. Haku syorkan, korang laburkan sedikit duit utk mendapatkan rujukan khas ini.
Bagi yang masih bekerja sambilan dimana-mana, pasti korang sibuk. Mana sempat buang banyak masa nak cari maklumat.
Kalau tengok smartphone memanjang, nanti boss bising. Boss ingat korang dah ketagih main PUBG pula. Rujukan ini menjimatkan masa korang dan menyelamatkan korang daripada salah faham boss dan abah.
Antara sebab kenapa haku syorkan rujukan ni adalah jaminan update selama 3 tahun. Tempoh tersebut lama, rasanya cukup sampai korang lulus ujian ni.
Kenapa mesti rujukan ini?
Kenapa rujukan ujian psikometrik SPA 2024 ini amat disyorkan?
✓ Tips menjawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan ujian psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan
✓ Kenali ‘perangkap’ dlm ujian psikometrik
✓ Penjelasan apa yg bakal menggagalkan korang
✓ Dan banyak lagi.
Bagaimana mendapatkan rujukan ujian psikometrik SPA 2024 ini?
1. Klik pautan rujukan khas ujian psikometrik ini.
2. Scroll ke bawah.
3. Klik butang ‘Tempah Sekarang‘
4. Pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang!
Penutup
Inilah rujukan yang korang perlukan!
Kini, korang hanya perlu fokus terhadap study sahaja. Tidak perlu pening-pening mencari maklumat yang ntah betul, ntah tidak.
Buat latih tubi yang diberi tu lebih daripada sekali. Haku cadangkan – minimum sebanyak 3 kali. Biar mahir dan dapat biasakan diri.
Paling penting, hafal betul-betul penerangan mengenai perangkap atau ‘lubang maut’ dlm ujian psikometrik.
Elakkan diri daripada terjerumus ke dlm perangkap najis dadah dan perangkap ujian psikometrik SPA 2024 bersama-sama mereka yang tiada rujukan ini.
Bagi korang yg masih belum puas dan nak lagi banyak contoh soalan ujian psikometrik, teruskan membaca lagi 10 contoh soalan Ujian Psikometrik SPA ini.
Sehingga itu, salam sayang daripada kami di ThePsychometricTest.com
Korang jgn lupa baca pula, penat haku tulis tu.
Terima kasih author. Moga Allah merahmati dan meredhoi kalian