Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA

Pada kali ini, kita dengarkan tips dan panduan Ujian Psikometrik oleh SPA sendiri. Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA ini disampaikan oleh Puan Khatijah binti Abd Wahid, Bahagian Penilaian Kompetensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA

Transkrip Video Penerangan Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA

Bagi korang yang nak jimatkan data, boleh baca transkrip video di bawah:

Bismillahhirrahmannirrahim, Assalmulalaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera.

Seperti yang semua orang maklum, PSEE (Public Service Entry Examination) terdapat dua jenis. Yang pertama adalah ujian aptitud dan yang kedua adalah ujian psikometrik.

Hari ini saya akan lebih fokus kepada ujian psikometrik. Ujian psikometrik ini adalah digunakan oleh pihak SPA dalam proses untuk menilai sikap, tingkah laku, personaliti atau kompetensi yang dimiliki oleh calon itu sesuai atau tidak sesuai dengan jawatan yang dimohon dalam SPA.

Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik?

Bagi konsep ujian psikometrik ini, penilaian personaliti dan kompetensi. Ianya direka khas untuk mengukur kompetensi yang dapat mengukur trait-trait individu. Berasaskan keserasian indvidu terhadap pekerjaan, organisasi dan teamwork atau pun kerja berpasukan.

Data-data penilaian calon adalah lebih kepada self report atau pun kaedah penilaian kendiri iaitu dimana calon-calon perlu jujur semasa menjawab dan memberikan jawapan yang tepat dengan dirinya.

So, melalui respon atau pun jawapan yang diberikan oleh calon ini. Sistem komputer akan memproses dan menganalisis data-data jawapan untuk dipadankan sama ada kesesuaian calon tersebut dengan jawatan yang dipilih atau kompetensi yang piawai mengenai dengan satu-satu jawatan tersebut.

Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk menjawab Ujian Psikometrik?

Kebiasannya, ok Ujian Psikometrik-Ujian Psikometrik ini mengambil masa 20 hingga 30 minit untuk satu-satu urusan menjawab. Paling tinggi masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang 60 minit.

Kejayaan atau kegagalan individu dalam Ujian Psikometrik ini sepenuhnya bergantung kepada kejujuran calon semasa menjawab Ujian Psikometrik ini. Dimana aspek kebolehpercayaan dan keesahan maklumat ujian ini adalah asas penilaian dalam mana-mana Ujian Psikometrik.

Baik. Sebagai contoh, saya ingin berikan contoh agar tuan-tuan dan puan-puan jelas aa.. bagaimana status berjaya atau tidak berjaya dalam Ujian Psikometrik.

Penentuan calon Ujian Psikometrik mengambilkira jumlah calon lantikan dan simpanan bagi satu-satu jawatan. Sebagai contoh, kekosongan bagi jawatan ini adalah 20. Maka bilangan calon yang berjaya ke peringkat temuduga 1 nisbah 10. 200 orang sahaja calon yang layak, yang terbaik berdasarkan skor merit calon yang menduduki ujian tersebut.

So, dengan ini.. Itulah came out-nya jawapan sama ada calon berjaya atau tidak berjaya dalam Ujian Psikometrik. Semuanya bergantung kepada skor merit calon tersebut dalam menduduki ujian dan juga nisbah lantikan dan simpanan yang diperlukan dalam satu-satu kementerian atau jabatan dengan jawatan yang dimohon oleh calon tersebut.

So, itu sahaja.

Sekian, terima kasih.

Penutup

Itulah dia penerangan secara ringkas mengenai Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA. Diharapkan, selepas ni korang tak tertanya-tanya lagi.

Untuk rujukan tambahan yang lebih lengkap dan komprehensif berkaitan Ujian Psikometrik ini, korang boleh dapatkan rujukan Psikometrik berikut:

Rujukan tambahan Ujian Psikometrik SPA

Selain itu,

Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam. Kalau tak rajin baca, tak payah buka. Sebab, artikel ini sangat-sangat panjang!

Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!

Dan semoga berjaya menjawab semua soalan ujian psikometrik korang itu nanti dengan betul.

Leave a Comment

error: Content is protected !!