','

' ); } ?>

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Korang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ni? Selain jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Ujian psikometrik ini korang kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Gaji Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Sebagai calon yang memohon Pembantu Perawatan Kesihatan U11, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 termasuk di dalam kategori pelaksana/sokongan.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,204.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM80.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Maknanya korang memenuhi syarat la tu.

11 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

1) Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh bergurau senda.

A. Betul
B. Salah

2) Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya menjerit / menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati tak makan’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya mudah berasa bosan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang suka mungkir janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Saya gembira melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
C. 115
D. 125

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang akan korang duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Yang Betul

Oleh kerana ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas.

Selami Sikap Baik Korang

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini.

Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Korang dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Akan tetapi, bagi ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.

Jawab: YA atau TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Ahh.. sudah.

Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!

Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11?

Persoalan utama kini ialah bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11?

Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak.

Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan ujian psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang korang bukan calon Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran korang akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini (walaupun korang memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Siapa tahu?

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!

Penutup

Operator Wayarles N19 adalah antara jawatan berujian psikometrik yg ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon dipanggil, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Operator Wayarles N19.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19 utk ditempatkan di Kementerian Kerja Raya. Jika korang salah sorang yg dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19.

SPA telah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29 di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yg dpt panggilan, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tanah NT29 ni.

Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi Penolong Pegawai Tadbir N29 akan ada saja dibuat saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 ni.

Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29, inilah individu yg memastikan pelatih di IKLP/ILP memiliki kemahiran yg baik dalam memacu pembangunan negara. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni. InsyaAllah, ia sedikit sebanyak akan membantu.

Selain jawatan pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Tidak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri menduduki ujian ini. Kalau ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Leave a Comment

error: Content is protected !!