Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Contoh soalan ujian psikometrik SPA ini mengandungi 10 contoh soalan dan jawapan yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Calon yang terlibat juga amat dicadangkan agar mencuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik SPA yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

Selain daripada itu, korang juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik SPA yang disarankan di bawah utk dijadikan rujukan utama sebelum korang menduduki ujian psikometrik dalam beberapa hari lagi.

Apa itu Ujian psikometrik?

Basically, psikometrik adalah suatu bidang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ujian psikometrik adalah sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Soalan Ujian Psikometrik SPA

Kalau korang perasan, ujian ini sebenarnya adaptasi dari seksyen lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama asal ujian psikometrik pada era ketika ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis.

Ketika kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, penyumbang tahap kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana korang dihimpit da ditekan dengan tempoh yang amat terhad. Masa diberikan amat sedikit utk menjawab soalan yang banyak.

Format Soalan Psikometrik SPA

Berdasarkan soalan ujian Psikometrik SPA yang sudah dijalankan sebelum ini. Soalan-soalan psikometrik dapat di bahagikan kepada dua jenis. Yakni :

  • Soalan ujian Psikometrik Jenis Psikologi
  • Soalan ujian Psikometrik Jenis Matematik

Soalan ujian Psikometrik Jenis Psikologi

Format soalan dan pilihan jawapan soalan ujian Psikometrik jenis Psikologi juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka yang macamana?

A) Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak),
  • (Betul atau Salah),
  • (Salah atau Betul atau Tidak Pasti)
  • (Iya, Tidak, Tidak Pasti)

ataupun

B) Korang berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dlm membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

1) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Tiada rotan, akar pun berguna juga’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus

A. Ya
B. Tidak

Utk penjelasan yang lebih terperinci, korang rujuk perkongsian lepas mengenai ujian psikometrik SPA (soalan psikologi) ni.

Soalan Ujian Psikometrik Jenis Matematik

Format soalan dan pilihan jawapan soalan ujian Psikometrik jenis Matematik juga turut tidak tetap. Namun, pada kebiasaanya calon akan diberi soalan melibatkan angka dan pengiraan. Pilihan jawapan :

  • A dan B.
  • A, B dan C.
  • A, B, C dan D.

contoh soalan Ujian Psikometrik SPA dan Jawapan

Soalan di bawah merupakan versi update. Jawapan turut disediakan utk setiap soalan. Korang boleh cuba lihat dan jawab contoh soalan ujian psikometrik SPA di bawah. Cuba jawab dahulu tanpa melihat jawapan. Dapat ke tak korang mencari jawapannya.

Sila bandingkan jawapan korang dengan skema jawapan yang telah disediakan di bahagian bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA (Updated 2026)

1) Steven Ching membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Steven Ching membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00

2) Jeethacy memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?

A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m

3) Di sebuah pusat kajian terdapat seramai 40 pesakit. Daripada jumlah itu, 40% didapati mendapat penyakit kaki, mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah pesakit demam?

A. 16 orang
B. 18 orang
C. 17 orang
D. 24 orang

4) Sebuah syarikat pengangkutan mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja syarikat pengangkutan selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?

A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang

5) Munir mencatat skor 82,91,86 dan 88 dalam empat kertas ujian percubaan. Berapakah markah yang harus Munir capai dalam kertas percubaan kelima untuk mendapatkan purata markah 85?

A. 78
B. 82
C. 83
D. 86

6) Sekiranya harga petrol RON95 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON95 tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

7) Kelas 4 Melati ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

8) Dalam Persatuan Drama SMK Tanjung Puteri, terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat penari dalam persatuan tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

10) Amaliya mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli A buah buku dengan harga RM22 seunit dan B batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan A dan B ialah

A. B + 11A = 110
B. 11A + 2B = 220
C. A + B = 22
D. 22A + B = 120

Skema Jawapan Ujian Psikometrik SPA

1) Jawapan A

Jalan Kira:

Jumlah potongan
= 6 % x RM6000
= RM 360

Harga sebuah Sofa
= RM 6000 – 360
= RM 5640

2) Jawapan C

Jalan Kira:

¼ = 0.25 m reben untuk 1 kotak hadiah
3 kotak hadiah
= 0.25 x 350
= 87.5 m

3) Jawapan B

Jalan Kira:

Jumlah subjek sakit mulut kaki dan tangan
= 40 % x 40
= 16 orang

Subjek sihat
= ¼ x (40-16)
= 6 orang

Jumlah subjek demam
= 40 – 16 – 6
= 18 orang

4) Jawapan C

Jalan Kira:

Jumlah pengurusan & atasan
= 25% + 15%
= 40%

Jumlah selain pengurusan & atasan
= 100% – 40%
= 60%
= 0.6 x 80
= 48 orang

5) Jawapan A

Jalan Kira:

(82 + 88 + 86 + 91 + M ) / 5 = 85
347 + M = 425
M = 425 – 347
M = 78

6) Jawapan D

Jalan Kira:

= (3.70-2.72) ÷ 2.72
= 0.98 ÷ 2.72 x 100
= 36.03 %

7) Jawapan C

Jalan Kira:

80% x 50 = 40 orang memasuki kuiz
Murid lulus kuiz = 2 – 1/2 = 1/2
Murid lulus kuiz
= 1/2 x 40 orang murid
= 20 orang murid lulus

8) Jawapan C

Jalan Kira:

Purata berat
= Berat keseluruhan pesilat ÷ Bilangan pesilat
= ((35 x 10) + (20 x 40)) ÷ 30 orang
= 1150 ÷ 30
= 38.33 kg

9) Jawapan A

Jalan Kira:

Peraturan matematik : Selesaikan yang dalam kurungan dahulu.
= 144 ÷ (12) x (- 6)
= – 72

10) Jawapan A

Jalan Kira:

22A + 2B = 220
Dipermudahkan
= (22A + 2B = 220 ) ÷ 2
= 11A + B =110

Begitulah adanya..

Jadi, demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik SPA yang sempat dibincangkan dlm perkongsian ni. Sekali lagi diingatkan, korang cuba dulu jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kemudian barulah semak jawapan tu betul ke idok. Dengan menggunakan skema yang disediakan. Jangan tipu diri sendiri ya..

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk ujian psikometrik SPA? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik SPA adalah:

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Atau pun,

Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!

Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik).

Selain itu,

Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada 8 sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik SPA ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik SPA yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

Korang rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan ujian ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik panggilan SPA). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya.

Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.

Selamat menduduki SPA psychometric test!

3 thoughts on “Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA”

Leave a Comment

error: Content is protected !!