','

' ); } ?>

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Korang dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Juruukur Gred JA29 ambilan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 16 Mac 2021 ni? Selain jawatan Penolong Penguasa Imigresen KP29, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Penolong Juruukur JA29. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29 untuk kemudahan rujukan korang sebelum hadir ujian psikometrik nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Ujian psikometrik ini korang kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus, barulah dipanggil ke sesi temuduga Penolong Juruukur JA29.

Gaji Penolong Juruukur JA29

Sebagai calon yang memohon Penolong Juruukur JA29, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Penolong Juruukur JA29 termasuk di dalam kategori Pelaksana.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,549.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM145.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Penolong Juruukur JA29 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29. Maknanya korang memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.

11 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

1) Sering menghadapi kesempitan wang selalu membuatkan saya rasa agak kurang semangat bekerja.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Rancangan yang telah saya atur sekian lama kerap berubah-ubah.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Kerja akan menjadi lebih baik apabila dilakukan dalam tempoh masa yang lama.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

4) Dalam menghadapi sebarang tekanan, fikiran saya biasanya tetap tenang.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Peribahasa ‘Kalau tak bermeriam, baiklah diam‘ sudah tidak releven pada masa kini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya gemar meneruskan sesuatu pekerjaan setelah mengetahui akan faedah-faedahnya.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya selalu berpuas hati biarpun kerja-kerja yang dibuat kurang sempurna.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Dari masa ke masa, saya memiliki kebolehan mengawal perasaan saya sendiri.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Barang-barang yang saya pinjamkan kepada sahabat handai, saya kekok memintanya kembali.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Buku-buku dalam bidang kewangan adalah sumber bacaan kesukaan saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingga 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
C. 115
D. 125

Ehh.. Apesal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29, kadang-kadang turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Penolong Juruukur JA29 ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 yang akan korang duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Yang Betul

Oleh kerana ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas dalam ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 ini.

Selami Sikap Baik Korang

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini..

Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Korang dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Akan tetapi, bagi ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29, itu semua poyo! (Awieee). Sebab itu semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari kami berikan satu contoh psikometrik Penolong Juruukur JA29 supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda sewaktu sekolah menengah.

A) YA atau B) TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan psikometrik Penolong Juruukur JA29 di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon lain ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.

Mustahil?

Tidak!

Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Penolong Juruukur JA29 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak.

Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Ahh.. sudah.

Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!

Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap soalan psikometrik Penolong Juruukur JA29 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Jadi, persoalannya sekarang ialah..

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Penolong Juruukur JA29?

Korang mesti. Korang wajib. Korang harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan psikometrik Penolong Juruukur JA29!

Kini, dua soalan berikut bermain di minda calon-calon..

Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap soalan psikometrik Penolong Juruukur JA29?

Dan

Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan psikometrik Penolong Juruukur JA29?

Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak. Sebanyak yg boleh.

Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik, dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan ujian psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29

Selain itu,

Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.

Apa yang lebih baik daripada rujukan psikometrik ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera, sebelum jualan ditutup.

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang korang bukan calon dipanggil ke psikometrik Penolong Juruukur JA29.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran korang akan dapat panggilan ke psikometrik Penolong Juruukur JA29 ini (walaupun korang memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Siapa tahu?

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil ke psikometrik.

Demikianlah perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29.

Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur JA29 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Penutup

Terkini, SPA bakal menjalankan saringan PSEE – ujian SPiER kepada calon Penolong Penguasa Imigresen KP29 utk ditempatkan di Jabatan Imigresen. Jika korang salah sorang calon yang bertuah dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan SPiER Penolong Penguasa Imigresen KP29.

Penolong Pegawai Sains C29 adalah antara jawatan berujian psikometrik yg memang ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon dipanggil, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Sains C29.

Selain jawatan pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yang turut jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah Pembantu Syariah LS19. Tidak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri menduduki ujian psikometrik ini. Klu korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 dpt baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Syariah LS19.

Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan Pegawai Laut AL41, tahniah. Please, baca dahulu contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Laut AL41 ni. InsyaAllah, ia sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik untuk Pegawai Pergigian UG41 agak rare dan jarang dibuat. Kalau korang ada memohon untuk jawatan ini, siap sedia awal-awal. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Pergigian UG41 ni.

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan Jurufotografi B19 di portal rasmi dan facebook rasmi mereka. Kepada yg dpt panggilan, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Jurufotografi B19 ni.

Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!

Dan semoga berjaya menjawab semua soalan ujian psikometrik Penolong Juruukur JA29 itu nanti dengan betul.

Leave a Comment

error: Content is protected !!