Korang dipanggil ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Mei 2024 ni? Selain jawatan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Jururawat Gred U29. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29 untuk kemudahan rujukan korang sebelum hadir ujian psikometrik Gred U29 ini nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik ini korang kena hadapi dengan baik dan kena lepasi dengan cemerlang. Sekiranya lulus, barulah dipanggil ke sesi temuduga Jururawat Gred U29.
Nota Penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik U29 ini dengan cemerlang, cabaran getir terakhir yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Jururawat Gred U29 yg dijadualkan pada 15 Julai 2024 – 18 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga bagi jawatan ini boleh korang baca di soalan temuduga Jururawat Gred U29 ini.
Kekosongan Jawatan Jururawat Gred U29 Tahun 2024
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 15 Februari 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Jururawat Gred U29 di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 2 431 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 4 000 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang teramat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik
- Jururawat Gred U29
(Kementerian Kesihatan Malaysia)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 28 Mei 2024]
Gaji Jururawat Gred U29
Sebagai calon yang memohon Jururawat Gred U29, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan jawatan Jururawat Gred U29 ini termasuk di dalam kategori sokongan dan pelaksana.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,797.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM145.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Jururawat Gred U29 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Jururawat Gred U29. Maknanya korang dah memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.
13 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29
1) Sering menghadapi kesempitan wang selalu membuatkan saya rasa agak kurang semangat bekerja.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Rancangan yang telah saya atur sekian lama kerap berubah-ubah.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Kerja akan menjadi lebih baik apabila dilakukan dalam tempoh masa yang lama.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
4) Dalam menghadapi sebarang tekanan, fikiran saya biasanya tetap tenang.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Peribahasa ‘Kalau tak bermeriam, baiklah diam‘ sudah tidak releven pada masa kini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya gemar meneruskan sesuatu pekerjaan setelah mengetahui akan faedah-faedahnya.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya selalu berpuas hati biarpun kerja-kerja yang dibuat kurang sempurna.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Dari masa ke masa, saya memiliki kebolehan mengawal perasaan saya sendiri.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Barang-barang yang saya pinjamkan kepada sahabat handai, saya kekok memintanya kembali.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Buku-buku dalam bidang kewangan adalah sumber bacaan kesukaan saya.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Berdampingan dengan yang intelek adalah kesukaan saya daripada orang yang praktikal.
A. Ya
B. Tidak
12) Aktiviti-aktiviti yang memerlukan perhatian dan tumpuan yang terperinci adalah suatu perkara kesukaan saya.
A. Ya
B. Tidak
13) Dari nombor 21 hingga 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
C. 115
D. 125
Ehh.. Apesal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Jururawat Gred U29, kadang-kadang turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Bagaimana pun, ia tidak selalu. Jadi tiada apa yg perlu dirisaukan mengenai hal ini. Lagi pun, bermula sesi psikometrik 2020 yg lalu, soalan psikometrik matematik sudah tidak ditanya lagi. Ini merupakan satu kelegaan kepada korang juga sebenarnya.
Namun, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Jururawat Gred U29 ini atau mungkin sekadar menambah pengetahuan. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian psikometrik Jururawat Gred U29 yang akan korang duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29 Yang Betul
Oleh kerana ujian psikometrik Jururawat Gred U29 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas dalam ujian psikometrik Jururawat Gred U29 ini.
Selami Sikap Baik Korang
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Jururawat Gred U29, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini..
Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Korang dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Jururawat Gred U29 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Akan tetapi, bagi ujian psikometrik Jururawat Gred U29, itu semua poyo! Sebab itu semua bukan persoalan yang utama.
Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari kami berikan satu contoh psikometrik Jururawat Gred U29 supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya kerap didenda sewaktu bersekolah.
A) YA
B) TIDAK
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.
Takut tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan psikometrik Jururawat Gred U29 di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29
Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon lain ujian psikometrik Jururawat Gred U29 sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.
Mustahil?
Tidak!
Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikometrik Jururawat Gred U29 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak.
Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya, bagi soalan yang hampir-hampir sama!
Arghh.. sudah.
Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!
Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap soalan psikometrik Jururawat Gred U29 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Jadi, persoalannya sekarang ialah..
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Jururawat Gred U29?
Korang mesti. Korang wajib. Korang harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan psikometrik Jururawat Gred U29!
Kini, dua soalan berikut bermain di minda calon-calon..
Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap soalan psikometrik Jururawat Gred U29?
Dan
Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan psikometrik Jururawat Gred U29?
Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak. Sebanyak yg boleh.
Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik, dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan ujian psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.
Apa yang lebih baik daripada rujukan psikometrik ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera, sebelum jualan ditutup.
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang korang bukan calon dipanggil ke psikometrik Jururawat Gred U29.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran korang akan dapat panggilan ke psikometrik Jururawat Gred U29 ini (walaupun korang memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Siapa tahu?
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil ke psikometrik.
Demikianlah perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29.
Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Jururawat Gred U29 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Penutup
Terkini, SPA bakal menjalankan saringan ujian psikometrik kepada calon Penolong Pegawai Perangkaan E29 utk ditempatkan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Jika korang salah sorang calon yang bertuah dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perangkaan E29.
Penguasa Kastam WK41 adalah antara jawatan mempunyai ujian psikometrik yg memang ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon dipanggil, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Penguasa Kastam WK41.
Selain jawatan Penguasa Imigresen KP41, satu lagi jawatan yang turut jarang2 tdk dijalankan ujian SPiER adalah Pegawai Penjara KA19. Tidak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri menduduki ujian SPiER ini. Klu korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 dpt baca contoh soalan SPiER Pegawai Penjara KA19.
Kepada yg dipanggil ke ujian psikometrik bagi jawatan Penjaga Jentera J19, tahniah. Please, baca dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penjaga Jentera J19 ni k. InsyaAllah, ia sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan PSEE ujian psikometrik untuk Penolong Pegawai Syariah LS29 agak rare dan jarang dibuat. Kalau korang ada memohon untuk jawatan ini, siap sedia awal-awal. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Syariah LS29 ni.
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan Pengajar U41 di portal rasmi dan facebook rasmi mereka. Kepada yg dpt panggilan, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pengajar U41 ni.
Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!
Dan..
Semoga berjaya menjawab semua soalan ujian psikometrik Jururawat Gred U29 itu nanti dengan betul.