Korang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Akauntan Gred W1 untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (calon Sarawak) pada 10 Mac 2024 ni? Selain jawatan Pembantu Tadbir N19, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Akauntan W1. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik ini korang kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Akauntan W1.
Nota Penting: Bagi korang yg terlibat dengan sesi temuduga Pembantu Akauntan W1 (calon Sabah) untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang dijadualkan pada 20 Januari 2025 – 23 Januari 2025 ini. Contoh soalan lazim temuduga boleh di baca di soalan temuduga Pembantu Akauntan W1 ini. Semoga bermanfaat!
Kekosongan Jawatan Pembantu Akauntan W1 Tahun 2023
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 9 Disember 2022, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Akauntan W1 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Sarawak) adalah sebanyak 15 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 200 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!
Semakan Ujian Psikometrik
- Pembantu Akauntan Gred W1
(Jabatan Akauntan Negara Malaysia)(Sarawak)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 10 Mac 2024]
Gaji Pembantu Akauntan W1
Sebagai calon yang memohon Pembantu Akauntan Gred W1, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pembantu Akauntan W1 termasuk di dalam kategori pelaksana/sokongan.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,500.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM100.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Pembantu Akauntan W1 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1. Maknanya korang memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.
11 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1
1) Saya setuju mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi berusaha.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
4) Saya lebih suka hadiah berupa wang ringgit berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Peribahasa ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang sering mungkir janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak. Peluh membuat saya rimas.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
C. 115
D. 125
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 juga kadang-kadang turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan. Perhatikan perkataan ‘kadang-kadang’ di situ.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pembantu Akauntan W1 ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 yang akan korang duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Yang Betul
Oleh kerana ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas.
Selami Sikap Baik Korang
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan? Tapi inilah yang jauh lebih penting sebenarnya!
Dalam ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini..
Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Korang dah mula keliru kan..
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Akan tetapi, bagi ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1, itu semua poyo! Sebab itu semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.
Jawab: A) YA atau B) TIDAK.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.
Takut tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1
Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon lain ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.
Mustahil?
Tidak!
Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pembantu Akauntan W1 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak.
Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Ahh.. sudah.
Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!
Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Jadi, persoalannya sekarang ialah..
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1?
Korang mesti. Korang wajib. Korang harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1!
Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1?
Dan
Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1?
Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak.
Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan rujukan umum ni? Kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan ujian psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang korang bukan calon Pembantu Akauntan W1.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran korang akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 ini (walaupun korang memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Siapa tahu?
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1.
Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Akauntan W1 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!
Penutup
Terkini, SPA sedang menjalankan saringan PSEE – ujian psikometrik kepada calon Pembantu Tadbir N1 utk ditempatkan di beberapa Kementerian. Jika korang salah sorang calon yang bertuah dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1.
Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah antara jawatan berujian psikometrik yg ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon dipanggil, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Selain jawatan pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yang turut jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah Pembantu Pembangunan Masyarakat S1. Tidak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri menduduki ujian ini. Klu korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S1.
Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV5, inilah individu yang akan memastikan pelatih di IKLP/ILP memiliki kemahiran yg baik dalam memacu pembangunan negara. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV5 ni. InsyaAllah, ia sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan PSEE ujian psikometrik untuk Penolong Pegawai Tadbir N5 akan ada saja dibuat saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N5 ni.
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan Penolong Pegawai Tanah NT5 di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yg dpt panggilan, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tanah NT5 ni.