Korang dipanggil ke ujian psikometrik Pustakawan Gred S9 ambilan Perpustakaan Negara Malaysia pada minggu ni? Selain jawatan Pembantu Akauntan W1, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pustakawan S9. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9 untuk kemudahan rujukan korang sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik ini korang kena hadapi dengan baik. Dan kena lepasi dengan cemerlang. Wajib lulus ya. Sekiranya lulus barulah korang dipanggil ke sesi temuduga Pustakawan S9.
Nota Penting: Khusus untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Pustakawan S9 bagi penempatan di Perpustakaan Negara Malaysia yg dijadualkan pada 14 Oktober 2024 – 25 Oktober 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di soalan temuduga Pustakawan S9.
Gaji Pustakawan S9
Sebagai calon yang memohon Pustakawan S9, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pustakawan S9 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM2,078.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Pustakawan S9 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pustakawan S9. Maknanya korang memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.
11 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9
1) Saya tidak suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu walaupun ia menyusahkan saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Dalam kerja secara berpasukan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja di hadapan.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
4) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan adalah membimbangkan saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Peribahasa ‘Patah sayap, bertongkat paruh.’ sudah tidak releven pada masa kini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya malas berbaris di ATM untuk mengambil duit.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank adalah leceh.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya tidak suka apabila dipaksa oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang sering mungkir janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak. Peluh membuat saya rimas.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
C. 115
D. 125
Ehh.. Apesal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pustakawan S9 juga turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pustakawan S9 ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian psikometrik Pustakawan S9 yang akan korang duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Yang Betul
Oleh kerana ujian psikometrik Pustakawan S9 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang korang terjejas dalam ujian psikometrik Pustakawan S9 ini.
Selami Sikap Baik Korang
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman korang. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pustakawan S9, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini..
Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Korang dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pustakawan S9 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Akan tetapi, bagi ujian psikometrik Pustakawan S9, itu semua poyo! Sebab itu semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.
Jawab: A) YA atau B) TIDAK.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.
Takut tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pustakawan S9
Kami percaya korang sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon lain ujian psikometrik Pustakawan S9 sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.
Mustahil?
Tidak!
Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pustakawan S9 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak.
Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian psikometrik Pustakawan S9 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Ahh.. sudah.
Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!
Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap ujian psikometrik Pustakawan S9 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Jadi, persoalannya sekarang ialah..
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9?
Korang mesti. Korang wajib. Korang harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pustakawan S9!
Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap ujian psikometrik Pustakawan S9?
Dan
Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan ujian psikometrik Pustakawan S9?
Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak.
Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan ujian psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang korang bukan calon Pustakawan S9.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran korang akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pustakawan S9 ini (walaupun korang memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti. Siapa tahu?
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil ke psikometrik.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9.
Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Pustakawan S9 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki SPA Psychometric Test!!
Penutup
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan Pembantu Akauntan W1 di portal rasmi dan facebook rasmi mereka. Kepada yg dpt panggilan, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W1 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan saringan PSEE – ujian psikometrik kepada calon Pembantu Tadbir N1 utk ditempatkan di beberapa Kementerian. Jika korang salah sorang calon yang bertuah dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1.
Pembantu Perawatan Kesihatan U1 adalah antara jawatan berujian psikometrik yg ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon dipanggil, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.
Selain jawatan pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yang turut jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah Pembantu Pembangunan Masyarakat S1. Tidak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri menduduki ujian ini. Klu korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S1.
Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV5, inilah individu yang akan memastikan pelatih di IKLP/ILP memiliki kemahiran yg baik dalam memacu pembangunan negara. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV5 ni. InsyaAllah, ia sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan PSEE ujian psikometrik untuk Penolong Pegawai Tadbir N5 akan ada saja dibuat saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N5 ni.